PEJABAT PENDAFTAR

Universiti Malaysia Terengganu

SEMINAR KERUKUNAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING DALAM AMALAN KESEJAHTERAAN ORGANISASI 2025

Pejabat Pendaftar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah berjaya menganjurkan Seminar Kerukunan Psikologi dan Kaunseling dalam Amalan Kesejahteraan Organisasi 2025 pada 9–10 September 2025 bertempat di Dewan Seminar 1-01, Kompleks Kuliah Pusat, UMT. Seminar ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kesejahteraan warga organisasi untuk menghadapi cabaran semasa, dengan menggabungkan peranan psikologi, kaunseling serta teknologi terkini. Penganjuran […]

MAJLIS ANUGERAH TAHUNAN 2025 (MAT 2025)

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sekali lagi mencipta sejarah apabila Majlis Anugerah Tahunan (MAT) 2025 berlangsung dengan penuh gilang-gemilang pada 21 Ogos 2025 (Khamis) di Dewan Sultan Mizan, UMT. Majlis berprestij ini menjadi wadah penting bagi menghargai serta mengiktiraf sumbangan seluruh warga universiti yang telah menunjukkan prestasi cemerlang, komitmen tinggi dan dedikasi tanpa berbelah bahagi dalam […]

SESI PERJUMPAAN PENDAFTAR BERSAMA WAKIL PEGAWAI TADBIR DI PTJ

Satu sesi perjumpaan bersama Pendaftar UMT telah diadakan pada 23 Jun 2025 (Isnin) bertempat di Dewan Jamuan Senat, UMT. Program ini melibatkan wakil pegawai tadbir dari semua PTJ di UMT dan bertujuan untuk berkongsi maklumat, memperkukuh komunikasi dua hala, serta menyelaras hala tuju pengurusan sumber manusia di peringkat universiti.

Sesi Perkongsian Amalan Terbaik Sumber Manusia di Universiti Malaya (UM) & Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Pada 10 Julai 2025 (Khamis), seramai 12 orang pegawai dari Pejabat Pendaftar, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah terlibat dalam Sesi Perkongsian Amalan Terbaik Sumber Manusia yang diadakan di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan berkaitan amalan terbaik pengurusan sumber manusia yang dilaksanakan di kedua-dua universiti berkenaan, terutamanya […]

TAHNIAH PELANTIKAN SEBAGAI PENDAFTAR UMT

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Pengarah Universiti telah bersetuju melantik Tuan Haji Ts. Wan Abdul Manan bin Wan Abdullah sebagai Pendaftar, Universiti Malaysia Terengganu berkuat kuasa pada 1 Januari 2024. Sekalung tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Ts. Wan Abdul Manan bin Wan Abdullah atas pelantikan ini. Adalah diharapkan agar seluruh warga UMT dapat memberikan sepenuh sokongan […]

Select Language »