PEJABAT PENDAFTAR

Universiti Malaysia Terengganu

Soalan Lazim Seksyen Perjawatan

Permohonan jawatan boleh dibuat secara online di myJob@UMT.

Sesuatu jawatan biasanya mengambil masa antara 3 hingga 9 bulan diisi bergantung kepada bilangan jawatan yang diterima dan juga proses saringan sesuatu jawatan itu. Ini kerana proses saringan akan mengambil masa yang lama sekiranya sesuatu jawatan tersebut mempunyai calon yang ramai atau proses pra temuduga yang panjang.

Dalam mewujudkan sesuatu gred jawatan ianya hendaklah merujuk kepada lapisan gred yang diperuntuk dalam skim perkhidmatan. Dengan itu, skim perkhidmatan dengan lapisan gred yang diperlukan mengikut fungsi bidang tugas perlu diwujudkan dahulu sebelum sesuatu jawatan boleh diwujudkan.

Contract Of Service (COS)

COS mengguna pakai skim perkhidmatan, gred dan kadar gaji sebagaimana yang ditetapkan di dalam Perkhidmatan Awam. Kaedah pembayaran dibuat dengan menggunakan peruntukan OS11000 / OS29000. Bagi kaedah pembayaran, terdapat dua (2) jenis peruntukan yang diguna pakai iaitu:-

· Peruntukan OS11000 – Lantikan kontrak yang menggunakan peruntukan OS11000 mengguna pakai perjawatan sedia ada. Urusan pengisian tertakluk kepada Pihak Berkuasa Melantik seperti skim perkhidmatan gunasama yang dilaksanakan oleh Bahagian Perkhidmatan di JPA.

· Peruntukan OS29000 – Lantikan kontrak di bawah OS29000 tidak mengguna pakai perjawatan sedia ada. Walaubagaimanapun, lantikan tersebut bersandarkan kepada skim perkhidmatan dan gred jawatan serta kadar gaji yang digunakan dalam Perkhidmatan Awam. Sebarang pewujudan di bawah OS29000 perlu merujuk kepada Bahagian Pembangunan Organisasi untuk pertimbangan.

 Contract For Service (CFS)

CFS tidak mengguna pakai sebarang skim perkhidmatan, gred jawatan, kadar gaji serta sebarang peraturan sebagaimana yang ditetapkan dalam Perkhidmatan Awam. Pelantikan CFS dipohon kepada Kementerian Kewangan bagi menetapkan syarat-syarat perkhidmatan yang tertentu.

 Boleh, sekiranya gaji akhir di gred terdahulu lebih tinggi daripada gaji maksimum di peringkat 1 (P1). Gaji permulaan kenaikan pangkat hendaklah ditetapkan di Peringkat 2 (P2) berdasarkan prinsip kepada matagaji tertinggi berhampiran tidak kurang daripada satu Pergerakan Gaji Biasa di gred terdahulu.

Select Language »