Pejabat Pendaftar, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan Majlis Menandatangani Persetujuan Bersama Jadual Pelupusan Rekod (JPR) UMT dengan Arkib Negara Malaysia (ANM) pada 10 Ogos 2026 bertempat di Dewan Jamuan Senat, UMT.
Melalui kerjasama ini, UMT berjaya membangunkan JPR yang merangkumi 107 Siri Rekod Urusan Fungsian dan 8 Siri Rekod Elektronik sebagai panduan rasmi bagi memastikan pengurusan, penyimpanan, pemeliharaan dan pelupusan rekod universiti dilaksanakan secara sistematik dan teratur.
Majlis menyaksikan pemeteraian dokumen oleh YBrs. Tuan Haji Zaidin bin Mohd Noor, Ketua Pengarah ANM bersama YBrs. Profesor Dr. Suriyani binti Muhamad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)/Menjalankan Fungsi Naib Canselor UMT, serta disaksikan oleh YBrs. Tuan Haji Ts. Wan Abdul Manan bin Wan Abdullah, Pendaftar UMT dan Puan Raabiatul Adawiyah binti Mat Tari, Pengarah ANM Negeri Terengganu.
Pemeteraian ini merupakan langkah penting dalam memperkukuh tadbir urus dan pengurusan rekod UMT, selaras dengan Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629] serta menyokong agenda pendigitalan universiti melalui pelaksanaan Digital Document Management System (DDMS 2.0). Inisiatif ini turut menyumbang kepada pengurusan dokumen yang lebih cekap, mengurangkan penggunaan kertas serta mengoptimumkan keperluan ruang penyimpanan fizikal.
#TogethernessUMT #KebersamaanUMT #UandMeTogether #MalaysiaMadani #pejabatpendaftarumt