Anda boleh menghubungi Bilik Operasi 24 Jam di talian 09-668 4118
Kad matrik pelajar dan kad staf boleh dibuat di Pejabat Keselamatan. Sekiranya kad tersebut rosak atau hilang, bayaran kad gantian sebanyak RM20 akan dikenakan.
Anda disaman kerana telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. Oleh itu, pihak Bahagian Keselamatan berhak menyaman pesalah demi menjalankan tugas dan memastikan keadaan dalam kampus sentiasa dalam keadaan baik dan terkawal.
Kompoun maksima adalah sebanyak RM50 bagi setiap jenis kesalahan lalulintas manakala bagi membuka kunci roda pula, kadar yang telah ditetapkan adalah sebanyak RM10 tidak termasuk jumlah kompoun atas kesalahan.
Ya, anda boleh membuat rayuan dengan mengemukakan surat rayuan yang boleh dicetak dari portal MyNemo dalam tempoh 14 hari dari tarikh saman dikeluarkan. surat tersebut perlu diserahkan kepada petugas kaunter Bahagian Keselamatan untuk diproses.
Jika pelajar tidak menjelaskan saman yang telah dikeluarkan, mereka akan dimasukkan ke dalam senarai pelajar yang berhutang. mereka juga akan disekat dari mengambil keputusan peperiksaan dan pendaftaran kursus serta tidak dibenarkan menghadiri konvokesyen sehingga mereka menjelaskan saman tersebut.
Layari portal Mynemo. Log masuk ke Bahagian Keselamatan dan daftar kenderaan anda. Apabila pendaftaran kenderaan anda diluluskan, klik butang mohon pelekat dan cetak maklumat pendaftaran kenderaan dan kepilkan bersama dokumen yang diperlukan dan hantar ke kaunter Pejabat Keselamatan untuk diproses.
Pelekat kenderaan pelajar/kontraktor berharga RM 3.00 sahaja dan setiap pelajar/kontraktor hanya dibenarkan mengambil 1 pelekat sahaja pada satu-satu masa. Ianya mestilah diperbaharui pada setiap bermulanya semester pengajian. (cth: sesi julai 2012/13 pelekat tamat pada julai 2013).
Pemohon dikehendaki mengisi dengan lengkap Borang Permohonan Papan Tanda di dalam portal MyNemo sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum tarikh aktiviti bermula. Sekiranya aktiviti melibatkan pelajar, surat kelulusan dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) sebagai pengesahan hendaklah dimuat naik bersama permohonan. Bagi permohonan pengiringan, sila nyatakan dengan jelas nama, pangkat, nombor pendaftaran dan jenis kenderaan VVIP yang hendak diiring.
Pintu 1 (Pos Selatan) :
06.30 pagi – 12.00 malam
Pintu 2 (Pos Utara):
07.00 pagi – 08.30 pagi
01.00 tgh – 02.00 ptg
04.30 petang – 05.30 petang
Pintu 3 (Pos Tenggara):
07.00 pagi – 08.30 pagi
04.30 petang – 05.30 petang
* Pintu 2 dan 3 hanya dikhaskan kepada kenderaan berpelekat yang sah sahaja.