Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Pengarah Universiti telah bersetuju melantik Tuan Haji Ts. Wan Abdul Manan bin Wan Abdullah sebagai Pendaftar, Universiti Malaysia Terengganu berkuat kuasa pada 1 Januari 2024.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Ts. Wan Abdul Manan bin Wan Abdullah atas pelantikan ini. Adalah diharapkan agar seluruh warga UMT dapat memberikan sepenuh sokongan dan kerjasama kepada beliau dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.