Pegawai yang layak mendapat kemudahan alat komunikasi mudah alih adalah pegawai yang dilantik memegang jawatan pentadbiran dan juga pegawai-pegawai yang ditentukan oleh Naib Canselor/Pendaftar
Kaedah pembelian dan tuntutan bayaran balik boleh menggunakan borang tuntutan dan bantuan pembelian alat komunikasi mudah alih yang telah disediakan oleh Pejabat Pendaftar.
Kemudahan ini layak dipohon oleh pegawai setiap dua tahun. Permohonan baru hanya boleh diluluskan selepas dua tahun dikira mulai tarikh kelulusan sebelumnya tertakluk kepada kelulusan Pendaftar.
Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) diadakan 4 sekali setahun (Mac, Jun, September dan Disember) dan mesyuarat khas Lembaga Pengarah Mesyuarat (LPU) adalah tertakluk kepada keperluan semasa.
Pelantikan jawatan pentadbiran adalah di bawah kuasa Naib Canselor sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan UMT.