PEJABAT PENDAFTAR

Universiti Malaysia Terengganu

Pada 3 Julai 2025 (Khamis), satu sesi penerangan dan suai tugas (onboarding) telah diadakan kepada YBrs. Encik Azhar bin Mohamad Yusof, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang baharu.
Sesi ini bertujuan memberi pendedahan awal mengenai struktur tadbir urus dan hala tuju strategik UMT kepada YBrs. Encik Azhar dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Lembaga Pengarah UMT.

Select Language ยป