PEJABAT PENDAFTAR

Universiti Malaysia Terengganu

Latihan Dalaman

Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam (DLSMSA) yang diperkenalkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 juga telah menetapkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab ketua jabatan untuk memastikan semua pegawai di jabatan masing-masing mengikuti latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun

KAEDAH PELAKSANAAN

Bagi tujuan pelaksanaan kursus yang teratur dan lebih sistematik, UMT perlu menggariskan bentuk-bentuk latihan yang boleh digunakan untuk mencapai keperluan kursus.  Tujuannya adalah untuk menambah peluang-peluang latihan dan tidak menghadkan kepada latihan-latihan anjuran sesetengah agensi sahaja, selaras dengan usaha mencapai 7 hari berkursus setahun  :

Bil

Program Latihan

Jenis Aktiviti

1

Latihan   
  1. Kursus
  2. Seminar
  3. Konvensyen
  4. Bengkel / Workshop / Retreat
  5. Forum
  6. Simposium
  7. Kolokium
  8. Tugas/Lawatan Rasmi / Korporat / Sambil Belajar
  9. Klinik Kaunseling

2

Sesi Pembelajaran     

 

  1. Sesi Perkongsian Ilmu
  2. Sesi Pembelajaran (PTK, Peringkat jabatan)
  3. “Lestari Talk”
  4. Perhimpunan Bulanan
  5. Program Penerapan Nilai-nilai Murni
  6. Ceramah / Taklimat
  7. Menyampaikan ceramah di dalam kursus/bengkel *
  8. Pembentangan kertas kerja selain di peringkat PTJ dan Universiti (Seminar, Konvensyen, Simposium, Persidangan.)*

* (Modul yang pertama kali dibentangkan atas tajuk yang sama sahaja diambil kira).

3

Pembelajaran Kendiri
  1. Pembacaan buku-buku ilmiah dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;
  2. Pembacaan Jurnal ilmiah / Laporan / Kajian dan lain-lain bahan ilmiah secara fizikal atau maya (virtual). 

 

KAEDAH PENGIRAAN

 Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dari segi pengiraan hari berkursus, satu kaedah pengiraan bilangan hari berkursus yang seragam dicadangkan digunapakai di semua PTJ.

Bil

Program Latihan

Pengiraan Hari Berkursus

 1

 Latihan 
  • Tempoh 6 jam berterusan diiktiraf sebagai satu hari berkursus; 
  • Kehadiran hanya diambil bagi kursus jangka pendek (tempoh kurang dari 3 bulan).  Bagi kursus jangka sederhana dan jangka panjang tidak akan diambil kira.
  • Peserta perlu hadir sekurang-kurang 80% atau 2/3 program bagi diiktiraf menghadiri latihan.

 2

 Sesi Pembelajaran
  •  Kehadiran 6 jam dikumpulkan secara berterusan dikira bersamaan 1 hari berkursus;
  • Pengiraan jam hanya dibuat untuk program yang mengambil masa sekurang-kurangnya 1 jam.
  • Walau bagaimanapun, pengumpulan jam dibenarkan dan proses perekodan dibuat pada akhir bulan atau akhir tahun. Contoh :

–       ”Lestari talk” diadakan setiap minggu, mengambil masa 30 minit setiap minggu. Pengiraan jam untuk tujuan perekodan perlulah dibuat pada akhir bulan. 

 3

 Pembelajaran Kendiri  Pembacaan buku ilmiah / bahan ilmiah

  • Satu sesi pembentangan perlu diadakan di peringkat jabatan / PTJ.  Seorang pegawai Pengesah Latihan yang dilantik perlu hadir sebagai Penyelia.  Setiap satu pembentangan diiktiraf sebagai satu hari berkursus.
  • Pembelajaran kendiri cuma terhad untuk bersamaan 3 hari berkursus sahaja iaitu 3 kali pembentangan setahun.
Select Language »