PEJABAT PENDAFTAR

Universiti Malaysia Terengganu

HEBAHAN PELANTIKAN JAWATAN PENTADBIRAN DI UMT

HEBAHAN PELANTIKAN JAWATAN PENTADBIRAN DI UMT Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Naib Canselor UMT telah bersetuju melantik staf UMT untuk menjawat jawatan Pengarah dan Timbalan Pengarah di UMT.

Nora’Aini dilantik Pendaftar UMT

KUALA TERENGGANU 2 Jan. – Pengarah Pusat Bakat Inovasi dan Akademik, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Dr. Nora’Aini Ali dilantik sebagai Pendaftar universiti itu berkuat kuasa semalam. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pusat Komunikasi Korporat (PKK) UMT, di sini hari ini, pelantikan Nora’Aini selama tiga tahun itu adalah bagi menggantikan Mohd. Nor Shokri Abdul Rahman yang […]

Program Breakfast Talk “Life and Management Issues Solution Based on Surah Al-Kahfi”

Laporan aktiviti oleh Bahagian Hal Ehwal Islam dan Kerohanian (BHEIK) Pada 12 Mac 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, kompleks Siswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Program yang memberi langkah menangani punca stress ditempat kerja dan memberi kefahaman berkenaan pembentukan organisasi cemerlang berdasarkan tafsiran ayat-ayat Al-Quran daripada surah Al-Kahfi. Ia terbuka kepada semua warga UMT.

Program Beach Clean Up (Jom Bersih Pantai)

Laporan aktiviti oleh Bahagian Hal Ehwal Islam dan Kerohanian (BHEIK)  Program ini diadakan pada 7 Mac 2015, anjuran kelab Muslim Youth Leadership (MYV) UMT, dengan kerjasama Darul Fitrah dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Melibatkan kerja-kerja pembersihan kawasan pantai sekitar Kampung Mengabang Telipot. Program Beach Clean Up ini telah melibatkan seramai 50 orang peserta, yang […]

Kursus Pra Perkahwinan Islam

Laporan aktiviti oleh Bahagian Hal Ehwal Islam dan Kerohanian (BHEIK) Pada 27 dan 28 Februari 2015, Kursus Pra Perkahwinan Islam anjuran BHEIK, UMT dan MAIDAM (Bahagian Undang-Undang Keluarga) telah diadakan. Kursus ini terbuka kepada pelajar, kakitangan dan masyarakat setempat UMT. Objektif program adalah bagi memudahkan warga UMT mengikuti Kursus Pra Perkahwinan sebagai persiapan untuk melangsungkan […]

Bicara Keluarga Sakinah 1: Istikarah Cinta

Laporan aktiviti  oleh Bahagian Hal Ehwal Islam dan Kerohanian (BHEIK)  Bicara Keluarga Sakinah 1 bertajuk Istikarah Cinta telah diadakan pada 22 Februari 2015, yang disampaikan oleh Ustaz Muhadir bin Hj Joll, Pensyarah Pusat Asasi, UIA dan penyampai rancangan Maulid, IKIM. Program ini berbentuk pembangunan keluarga yang mempunyai 4 siri dan ia terbuka kepada semua warga UMT.

Saintis Islam Anjung Ilmu

Laporan aktiviti oleh Bahagian Hal Ehwal Islam dan Kerohanian (BHEIK) Pada 8 Februari 2015, satu program yang bertajuk “Saintis Islam Anjung Ilmu” diadakan di Auditorium Mahyuddin. Objektif program ini adalah bagi melahirkan generasi yang beriman, bertaqwa, berilmu dan dapat berbakti kepada negara melalui pembudayaan Al-Quran.

Select Language »