Selasa, 10 April 2012 – Bengkel Laman Web Pejabat Pendaftar telah diadakan dan dirasmikan oleh Timbalan Pendaftar, Encik Mohd Nor Shokri Abdul Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa Laman Web Pejabat Pendaftar. Seramai 20 orang ahli Jawatankuasa dilantik menyertai bengkel selama sehari ini bertempat di Makmal Aplikasi, Kompleks Kuliah UMT. Bengkel ini adalah bertujuan mengemaskini dan menambahbaik laman web dengan mentransformasi kan laman web sedia ada kepada versi baharu.