PEMBERIAN WANG TUNAI SEBAGAI GANTIAN BAGI CUTI REHAT YANG TIDAK DAPAT DIHABISKAN OLEH PEGAWAI LANTIKAN SECARA KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE)
Wang tunai di bawah SPP 17/2008 adalah layak diberi kepada pegawai lantikan secara kontrak yang memenuhi syarat-syarat berikut:
- Pegawai dilantik secara contract of service berdasarkan PP 2/2008;
- Tempoh sesuatu kontrak yang berkuatkuasa hendaklah tidak kurang daripada satu (1) tahun; dan
- Persetujuan untuk pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008 dimasukkan sebagai peruntukan baru yang ditambah dalam syarat perjanjian kontrak tetapi peruntukan tersebut hanya dimasukkan bagi kontrak baru yang ditandatangani mulai 1 Januari 2009
** Peraturan ini hanya terpakai kepada kontrak baru yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2009.
Rujukan : Perenggan 5 dalam SPP 17/2008
Bilangan maksimum Cuti Rehat yang dibenarkan untuk tujuan pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008 bagi sesuatu kontrak adalah sebanyak lapan (8) hari atau satu per empat (1/4) daripada kadar Cuti Rehat untuk setahun, mengikut mana yang lebih rendah.
Rujukan : Perenggan 7.1 dalam SPP 17/2008
Bilangan maksimum Cuti Rehat yang dibenarkan untuk tujuan pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008 bagi sepanjang tempoh perkhidmatan pegawai secara kontrak dengan Kerajaan (sama ada perkhidmatan secara kontrak dengan Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun [Persekutuan dan Negeri] atau Pihak Berkuasa Tempatan) adalah sebanyak 75 hari.
Rujukan : Perenggan 7.2 dalam SPP 17/2008
Pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008 adalah dibayar selepas tamatnya tempoh kuat kuasa sesuatu kontrak.
Rujukan : Perenggan 7.4 dalam SPP 17/2008
RAWATAN LUAR STESEN
Pegawai yang dirujuk untuk mendapatkan rawatan perubatan di luar stesen pegawai bertugas boleh diberi elaun dan kemudahan yang berkelayakan seolah-olah pegawai sedang menjalankan tugas rasmi seperti Elaun Makan, Bayaran Sewa Hotel dan Tambang Pengangkutan Awam.
Pegawai Perkhidmatan Awam dan keluarganya layak untuk dirujuk untuk mendapatkan rawatan perubatan di luar stesen pegawai bertugas. Keluarga pegawai bermaksud, bagi pegawai lelaki, isteri dan anak-anaknya, dan bagi pegawai perempuan, suami dan anak-anaknya. Anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang berumur di bawah 18 tahun atau sekiranya masih bersekolah, di bawah umur 21 tahun. Walau bagaimanapun anak-anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had-had umur ini tidak terpakai. Istilah anak adalah termasuk anak tiri dan anak angkat yang diambil mengikut undang-undang.
Kerajaan akan menanggung elaun dan kemudahan yang berkaitan maksimum 5 hari bagi setiap kali pegawai dirujuk mendapatkan rawatan di luar stesennya.
Tiada sebarang Cuti Tanpa Rekod diperuntukkan bagi tujuan mendapatkan rawatan luar stesen.
PENINGKATAN UMUR PERSARAAN WAJIB KE 60 TAHUN
Pegawai yang masih berada dalam perkhidmatan pada 1.1.2012 layak diberi opsyen umur persaraan wajib 60 tahun. (Mereka yang bersara sebelum atau pada 1.1.2012 tidak berada dalam perkhidmatan pada 1.1.2012, iaitu tarikh kuat kuasa pekeliling. Maka mereka tidak tertakluk kepada pekeliling itu)
Tidak. Pegawai yang memilih SBPA boleh memilih sama ada kekal dengan umur persaraan wajib sekarang atau umur persaraan wajib 60 tahun.
Tidak. Pegawai yang memilih SBPA hanya dibenarkan memilih opsyen 60 tahun atau kekal dalam umur persaraan wajib sekarang.
i. Bagi pegawai yang dilantik sebelum 12.4.1991, pencen akan dibayar apabila mencapai umur 50 tahun (bagi pegawai lelaki) dan 45 tahun (bagi pegawai perempuan);
ii. Bagi pegawai yang dilantik pada atau selepas 12.4.1991, berkuat kuasa 1.1.2012 pencen akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun (tanpa pembayaran tunggakan pencen sebelum 1.1.2012).
Syarat di atas terpakai bagi semua pegawai (sama ada memilih SBPA atau tidak dan sama ada memilih opsyen umur persaraan 60 tahun atau tidak).
Pencen akan dibayar ketika mencapai umur 55 tahun BERKUAT KUASA mulai 1.1.2012 (tanpa pembayaran tunggakan pencen sebelum 1.1.2012).
PENILAIAN PRESTASI
Perlu kerana LNPT melibatkan semua kakitangan awam sama ada secara tetap, sementara atau kontrak.
Pegawai yang dilantik pada hujung tahun perlu mengisi LNPT selepas genap 6 bulan berkhidmat.
Tidak perlu kerana pegawai tersebut tidak menjalankan tugas untuk diberikan penilaian bagi tahun tersebut.
Boleh jika PPP dan PYD berada di gred hakiki yang sama tetapi wujud hubungan kerja dan penyeliaan di mana PYD bertanggungjawab secara langsung kepada PPP.
Jika terdapat keraguan dan mempunyai asas yang kukuh PPSM boleh mengubahsuai dan menyelaras semula markah.