PEJABAT PENDAFTAR

Universiti Malaysia Terengganu

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sekali lagi mencipta sejarah apabila Majlis Anugerah Tahunan (MAT) 2026 berlangsung dengan penuh gilang-gemilang pada 26 Julai 2026 (Ahad) di Dewan Sultan Mizan, UMT. Majlis berprestij ini menjadi wadah penting bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan seluruh warga universiti yang telah menunjukkan prestasi cemerlang, komitmen tinggi serta dedikasi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Penganjuran MAT 2026 bukan sahaja menjadi simbol penghargaan, malah turut menyemarakkan semangat seluruh warga UMT untuk terus mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik, penyelidikan, inovasi, pengurusan dan khidmat bakti kepada masyarakat.

Bersempena sambutan 25 Tahun UMT, MAT 2026 mengangkat tema “25 Tahun UMT: Meraikan Kecemerlangan, Membina Legasi” yang mencerminkan perjalanan suku abad UMT dalam mencipta kejayaan, memperkasa kecemerlangan dan membina legasi universiti. Tema ini turut menyemarakkan semangat kebersamaan seluruh warga UMT untuk terus melakar kecemerlangan dan menyumbang kepada kemajuan universiti demi membina legasi yang bermakna untuk generasi akan datang

#TogethernessUMT #KebersamaanUMT #UandMeTogether #MalaysiaMadani #pejabatpendaftarumt #mat2026

Select Language »