Program Perhimpunan Warga UMT Tahun 2026 yang berlangsung pada 29 Jun 2026 (Isnin) di Dewan Sultan Mizan (DSM) berjaya menghimpunkan seluruh warga Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam suasana penuh harmoni dan semangat kebersamaan.
Perhimpunan ini menjadi platform penting bagi pengurusan tertinggi untuk menyampaikan amanat serta berkongsi hala tuju universiti, khususnya dalam memperkukuh budaya kerja cemerlang, berintegriti dan berdaya saing.
Antara pengisian utama program termasuklah perkongsian mengenai inisiatif penjimatan dan pengoptimuman sumber yang sedang dilaksanakan. Langkah ini bagi memastikan pengurusan kewangan universiti kekal mampan tanpa menjejaskan kualiti penyampaian perkhidmatan.
Selain itu, majlis turut menyaksikan pelancaran “Program Kongsi Ilmu, Kongsi Masa Depan”. Inisiatif baharu ini bertujuan membudayakan amalan perkongsian ilmu, pengalaman dan kepakaran dalam kalangan warga kampus demi memperkukuh pembangunan modal insan serta menyokong kecemerlangan organisasi.
Diwarnai dengan pelbagai aktiviti bermanfaat yang menyemarakkan lagi semangat kekitaan, penganjuran perhimpunan seumpama ini diharap terus menjadi medium berkesan dalam mempererat ukhuwah, meningkatkan keterlibatan staf, dan memacu aspirasi UMT ke arah kecemerlangan berterusan.
#TogethernessUMT #KebersamaanUMT #UandMeTogether #MalaysiaMadani #pejabatpendaftarumt