PEJABAT PENDAFTAR

Universiti Malaysia Terengganu

Majlis Ikrar Pelajar Baharu Program Diploma dan Asasi STEM Sesi 2026/2027 telah diadakan pada 24 Jun 2026 (Rabu) bertempat di Dewan Sultan Mizan, UMT. Majlis ini merupakan acara kemuncak Minggu Jalinan Mesra (MJM) yang bertujuan memperkukuh komitmen pelajar terhadap peranan dan tanggungjawab mereka sebagai mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Penganjuran majlis ini bertujuan untuk membentuk asas pembudayaan nilai murni, disiplin diri dan jati diri unggul dalam kalangan pelajar baharu. Lafaz ikrar yang dilafazkan secara rasmi melambangkan kesediaan mereka untuk mematuhi segala peraturan, menjunjung tinggi nilai integriti serta mengamalkan budaya ilmu sepanjang tempoh pengajian di UMT.

Majlis Ikrar ini juga bukan sekadar simbolik permulaan perjalanan akademik, malah diharapkan dapat menyuntik semangat serta iltizam dalam diri setiap pelajar untuk terus cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan kepimpinan sepanjang tempoh pengajian mereka di UMT.

Select Language ยป