Satu sesi perjumpaan bersama Pendaftar UMT telah diadakan pada 23 Jun 2025 (Isnin) bertempat di Dewan Jamuan Senat, UMT. Program ini melibatkan wakil pegawai tadbir dari semua PTJ di UMT dan bertujuan untuk berkongsi maklumat, memperkukuh komunikasi dua hala, serta menyelaras hala tuju pengurusan sumber manusia di peringkat universiti.