PEJABAT PENDAFTAR

Universiti Malaysia Terengganu

Pada 10 Julai 2025 (Khamis), seramai 12 orang pegawai dari Pejabat Pendaftar, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah terlibat dalam Sesi Perkongsian Amalan Terbaik Sumber Manusia yang diadakan di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Program ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan berkaitan amalan terbaik pengurusan sumber manusia yang dilaksanakan di kedua-dua universiti berkenaan, terutamanya dalam aspek pengurusan perjawatan, pembangunan kompetensi, serta transformasi digital perkhidmatan.

Sesi lawatan ini juga membuka ruang untuk jalinan kerjasama strategik antara universiti, selain menjadi platform perkongsian ilmu dan penambahbaikan berterusan dalam pengurusan sumber manusia di UMT.

Select Language ยป