PEJABAT PENDAFTAR

Universiti Malaysia Terengganu

KEMUDAHAN PERUBATAN

RAWATAN PERUBATAN

Bayaran Pemeriksaan Kesihatan (Medical Check-up) termasuk X-Ray akan dibiayai untuk pegawai sahaja dan terhad untuk tujuan berikut :

  1. Pelantikan baru
  2. Melanjutkan pelajaran di dalam atau luar negara sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga Biasiswa dan Cuti Belajar
  3. Menghadiri Kursus/Latihan yang diluluskan yang pesertanya dikehendaki menjalani pemeriksan kesihatan
  4. Pemeriksaan kesihatan yang dijalani atas arahan universiti atau dengan kelulusan Naib Canselor

Bayaran bersalin bagi pegawai atau isteri pegawai adalah ditanggung oleh universiti sekiranya ia bersalin di hospital kerajaan.

Bekalan ubat boleh didapati dari klinik panel atau hospital/klinik kerajaan yang memberi rawatan.  Jika ubat yang dipreskripsikan oleh pegawai perubatan kerajan, pegawai perubatan universiti atau doktor panel perlu dibeli di farmasi swasta, pegawai atau tanggungannya boleh menuntut balik kos pembelian ubat tersebut daripada universiti.  Semua tuntutan hendaklah disertakan dengan resit rasmi dan nama pegawai perubatan atau doktor panel yang mempreskripsikan ubat tersebut mestilah dicetakan pada resit atau bil yang berkenaan.

CARA MENDAPATKAN RAWATAN

  1. Untuk mendapatkan rawatan pesakit luar di Klinik-klinik Panel, pegawai adalah dikehendaki mengemukakan Kad Pengenalan atau Kad Staf . Tanpa kad tersebut pegawai dikehendaki membayar dahulu kos rawatan sendiri dan kemudian boleh dituntut di UMT.
  2. Untuk mendapatkan rawatan Doktor Pakar di Hospital Kerajaan, pegawai dikehendaki mengemukakan Surat Jaminan Perubatan yang boleh didapati di Pejabat Pendaftar, UMT. Tanpa Surat Jaminan Perubatan pegawai akan diminta membayar kos rawatan sendiri.

MODUL E-KLINIK PANEL

Setiap pegawai hanya dibenarkan untuk memilih dua (2) klinik daripada klinik panel UMT bagi kemudahan rawatan mereka. Klinik panel yang dipilih akan direkodkan ke dalam Sistem Maklumat Staf.

  1. Had dua klinik panel ini dikenakan juga kepada pasangan suami-isteri yang sama-sama bertugas di Universiti ini.
  2. Dalam keadaan biasa, pertukaran klinik panel pilihan tidak dibenarkan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh pemilihan yang terdahulu
  3. Modul ini mengandungi maklumat mengenai pegawai dan tanggungan yang layak menerima faedah perubatan secara atas talian serta maklumat berkenaan pemilihan klinik panel.
  4. Pegawai boleh mengemaskini maklumat tanggungan dan pemilihan klinik panel secara atas talian dengan mengemukakan dokumen sokongan bagi membolehkan pentadbir modul membuat pengesahan terhadap permohonan mereka.
  5. Pegawai yang memerlukan rawatan untuk dirinya atau tanggungan di klinik panel yang dipilih hendaklah mengemukakan kad pengenalan atau kad staf di kaunter pendaftaran di klinik panel pilihan sebelum menerima rawatan.
  6. Rekod tanggungan hendaklah sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Tanggungjawab mengemaskini maklumat pegawai dan tanggungan adalah tanggungjawab pegawai sendiri.

SURAT JAMINAN HOSPITAL

  1. Surat Jaminan Hospital boleh diperolehi daripada Pejabat Pendaftar.
  2. Surat Jaminan Hospital hanya sah digunakan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh dikeluarkan.
  3. Bagi pegawai yang ingin menambah tanggungan perlulah mengemukakan salinan surat nikah bagi pasangan dan salinan surat beranak/Mykid bagi anak.

SUMBER RAWATAN

Pegawai universiti dan tanggungannya boleh mendapatkan kemudahan rawatan di:-
– Hospital/klinik Kerajaan
– Pusat Kesihatan Universiti
– Klinik Panel Universiti
– Institut Jantung Negara (IJN) Sdn. Bhd

 SIAPA YANG LAYAK MENDAPAT KEMUDAHAN RAWATAN

Pegawai yang layak mendapat kemudahan rawatan adalah seperti berikut :-

  1.  Pegawai yang memegang sesuatu jawatan dalam perjawatan tetap Universiti yang dilantik secara tetap, sementara, kontrak, atau pinjaman dan termasuklah pegawai yang masih dalam percubaan.
  2. Tutor
  3. Mana-mana pegawai lain yang syarat pelantikannya menyatakan bahawa dia layak mendapat faedah di bawah skim kemudahan perubatan pegawai UMT.
  4. Isteri/isteri-isteri yang sah atau suami yang sah dari segi undang-undang.
  5. Anak-anak yang ditanggung sepenuhnya termasuk anak tiri atau angkat yang sah dari segi undang-undang dengan syarat bahawa anak itu berumur tidak lebih 18 tahun (kecuali anak yang masih menerima pendidikan secara sepenuh masa disyaratkan berumur tidak lebih 21 tahun dan anak yang daif tidak dikenakan had umur) tidak bekerja dan tidak berkahwin.
  6. Ibu bapa yang sah (kemudahan dihadkan kepada rawatan di Hospital Kerajaan sahaja dan tertakluk kepada syarat pegawai memilih Sistem Saraan Baru/Sistem Saraan Universiti bagi pegawai yang telah berkhidmat).

RAWATAN PERGIGIAN

Semua jenis rawatan pergigian kecuali rawatan untuk tujuan kosmetik, tertakluk kepada had maksimum yang telah ditetapkan iaitu RM300.00 setahun bagi pegawai dan tanggungannya tidak termasuk ibubapa.

SENARAI NAMA KLINIK-KLINIK PANEL UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

No.

Nama   Klinik

1

KLINIK RAHIM, HAMZAH, HALIM & RAZALI SDN. BHD.

2

KLINIK WAN SALEHA

3

PUSAT PERUBATAN INTAN SDN. BHD. (24 JAM)

4

KUMPULAN PERUBATAN IHSAN SDN. BHD.

5

KLINIK PERUBATAN CHONG

6

KLINIK AISHAH

7

KLINIK PUSRADI

8

KLINIK ROHANA & SERIPAH SDN BHD

9

KLINIK SYED SALLEH DAN RAKAN-RAKAN SDN BHD

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi:

Seksyen Perkhidmatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Universiti Malaysia Terengganu
09-668 4461 (Norhayana Jusoh)/ 4447 (Zahirah A Razak)
perkhidmatan@umt.edu.my

 

Select Language »