Maruah secara amnya dikaitkan dengan harga diri seseorang dan dalam aspek pentadbiran, ianya boleh ditafsirkan sebagai harga diri sesebuah institusi berkenaan.Ia termasuk di dalam nilai-nilai murni dalam pentadbiran yang perlu dipraktikkan. Apabila dikupas secara mendalam, maruah sesebuah organisasi terletak pada ketua atau pun pentadbir yang boleh diukur melaui kejayaan atau perubahan yang dibawa olehnya. Sekiranya orang sekeliling melihat institusi berkenaan sebagai sesuatu yang berjaya, maruahnya telah diangkat dan secara automatik, ketuanya akan disanjung. Walaubagaimanapun, sumbangan ahli atau orang di bawahnya juga perlu dititikberatkan.Selain dari itu, maruah juga boleh dikaitkan dengan aspek integrity dalam berkhidmat. Dalam sesetengah kajiselidik, maruah dan integrity perlu diselarikan kerana kedua-duanya membawa kearah sudut pentadbiran yang bersih dan efektif. Dari aspek lahiriah, ia boleh diaplikasi oleh seluruh institusi  kerana konsepnya adalah ingin melahirkan pentadbiran yang bermaruah melalui keberkesanan pemimpin. Jika dilihat secara lebih mendalam, ia boleh dikaitkan dengan institusi kita pada hari ini iaitu Pejabat Pendaftar. Sebagaimana yang kita semua maklum, Pejabat Pendaftar ialah satu organisasi terpenting yang berpusat di dalam pusat  pentadbiran induk yang besar, dan ianya  mempunyai fungsi yang selaras dalam apa jua organisasi sekalipun. Di sini, semua aspek pentadbiran berkaitan staf  seluruh UMT dirujuk kepada PP termasuk akademik dan bukan akademik. Selain dari itu, PP banyak menganjurkan program samada di dalam atau pun di luar negara. Oleh itu, jika suatu kesilapan kecil berlaku, maruah PP dilihat tercalar dan seterusnya membawa kepada spekulasi tidak baik yang akan menular dan orang luar pasti melihat PP dari sudut yang berbeza. Dan kesimpulannya, apa yang kita lakukan terutamanya dalam konteks bekerja dan berkhidmat, ia bukan untuk diri kita sendiri sebaliknya kita membawa suatu nama dan maruah. Apabila kita dianggap berjaya, maka ia turut dianggap bermaruah.