PEJABAT PENDAFTAR

Universiti Malaysia Terengganu

Pejabat Pendaftar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah berjaya menganjurkan Seminar Kerukunan Psikologi dan Kaunseling dalam Amalan Kesejahteraan Organisasi 2025 pada 9–10 September 2025 bertempat di Dewan Seminar 1-01, Kompleks Kuliah Pusat, UMT.

Seminar ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kesejahteraan warga organisasi untuk menghadapi cabaran semasa, dengan menggabungkan peranan psikologi, kaunseling serta teknologi terkini. Penganjuran kali ini turut melibatkan penyertaan peserta daripada pelbagai agensi luar, sekali gus memperluas jaringan kerjasama dan perkongsian ilmu.

Pejabat Pendaftar menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Naib Canselor, barisan pengurusan universiti, para penceramah jemputan serta semua peserta yang telah memberikan sokongan dalam menjayakan seminar ini.

Semoga penganjuran ini terus menyerlahkan komitmen UMT dalam memartabatkan kesejahteraan warga kerja dan organisasi.

#TogethernessUMT #KebrsamaanUMT #UandMeTogether #MalaysiaMadani #pejabatpendaftarumt #ProgramPsikologi

Select Language »