Soalan Lazim Bahagian Pengurusan Kenderaan

S: Bila permohonan penggunaan kenderaan jabatan perlu dikemukakan?

J: Permohonan penggunaan kenderaan jabatan perlu dikemukakan 14 hari sebelum sesuatu program atau perjalanan.

S: Bagaimana membuat permohonan tempahan kenderaan?

J: Menggunakan borang tempahan khas yang boleh didapati di Unit Pentadbiran atau laman web UMT.

S: Perlukah saya memaklumkan jika saya tidak memerlukan kenderaan sedangkan saya telah pun diluluskan permohonan menggunakan kenderaan jabatan?

J: Adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota untuk memaklumkan kepada Unit Pentadbiran jika sekiranya mereka tidak memerlukan kenderaan yang telah diluluskan permohonan mereka.

S: Bagaimana jika kenderaan jabatan tidak dapat disediakan?

J: Pegawai boleh memohon kelulusan Ketua Program untuk menggunakan pengangkutan awam atau kenderaan sendiri.