Soalan Lazim Seksyen Governan

1. Siapakah yang layak mendapat kemudahan alat komunikasi mudah alih?

Jawapan:

Pegawai yang layak mendapat kemudahan alat komunikasi mudah alih adalah pegawai yang
dilantik  memegang jawatan pentadbiran dan juga pegawai-pegawai yang ditentukan oleh   Naib Canselor/Pendaftar

2. Bagaimanakah kaedah untuk menuntut pembelian alat komunikasi mudah alih?

Jawapan:

Kaedah pembelian dan tuntutan bayaran balik boleh menggunakan borang tuntutan dan bantuan pembelian alat komunikasi mudah alih yang telah disediakan oleh Pejabat Pendaftar.

3. Apakah syarat pembelian alat komunikasi mudah alih kali kedua?

Jawapan:

Kemudahan ini layak dipohon oleh pegawai setiap dua tahun. Permohonan baru hanya boleh
diluluskan selepas dua tahun dikira mulai tarikh kelulusan sebelumnya tertakluk kepada
kelulusan Pendaftar.

4. Berapa kerapkah mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti, UMT diadakan dan bilakah tarikh mesyuarat bersidang?

Jawapan:

Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) diadakan  4 sekali setahun (Mac, Jun, September dan Disember) dan mesyuarat khas Lembaga Pengarah Mesyuarat (LPU) adalah tertakluk kepada keperluan semasa.

 

5. Siapakah yang layak memegang jawatan pentadbiran?.

Jawapan:

Pelantikan jawatan pentadbiran adalah di bawah kuasa Naib Canselor sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan UMT