Soalan Lazim Bahagian Keselamatan

Siapakah yang perlu saya hubungi sekiranya berlaku kecemasan?

Anda boleh menghubungi Bilik Operasi 24 Jam di talian 09-668 4118

Dimanakah saya boleh membuat kad staf atau kad matrik pelajar?

Kad matrik pelajar dan kad staf boleh dibuat di Pejabat Keselamatan. Sekiranya kad tersebut rosak atau hilang, bayaran kad gantian sebanyak RM20 akan dikenakan.

Kenapa saya disaman?

Anda disaman kerana telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. Oleh itu, pihak Bahagian Keselamatan berhak menyaman pesalah demi menjalankan tugas dan memastikan keadaan dalam kampus sentiasa dalam keadaan baik dan terkawal.

Berapa banyakkah jumlah bayaran saman yang dikenakan sekiranya saya melakukan kesalahan lalulintas di dalam kawasan kampus?

Kompoun maksima adalah sebanyak RM50 bagi setiap jenis kesalahan lalulintas manakala bagi membuka kunci roda pula, kadar yang telah ditetapkan adalah sebanyak RM10 tidak termasuk jumlah kompoun atas kesalahan.

Bolehkah saya membuat rayuan?

Ya, anda boleh membuat rayuan dengan mengemukakan surat rayuan yang boleh dicetak dari portal MyNemo dalam tempoh 14 hari dari tarikh saman dikeluarkan. surat tersebut perlu diserahkan kepada petugas kaunter Bahagian Keselamatan untuk diproses.

Apakah kesannya jika saya tidak membayar saman?

Jika pelajar tidak menjelaskan saman yang telah dikeluarkan, mereka akan dimasukkan ke dalam senarai pelajar yang berhutang. mereka juga akan disekat dari mengambil keputusan peperiksaan dan pendaftaran kursus serta tidak dibenarkan menghadiri konvokesyen sehingga mereka menjelaskan saman tersebut.

Bagaimana untuk memohon pelekat kenderaan?

Layari portal Mynemo. Log masuk ke Bahagian Keselamatan dan daftar kenderaan anda. Apabila pendaftaran kenderaan anda diluluskan, klik butang mohon pelekat dan cetak maklumat pendaftaran kenderaan dan kepilkan bersama dokumen yang diperlukan dan hantar ke kaunter Pejabat Keselamatan untuk diproses.

Berapakah harga pelekat kenderaan dan bilakah ia perlu ditukar?

Pelekat kenderaan pelajar/kontraktor berharga RM 3.00 sahaja dan setiap pelajar/kontraktor hanya dibenarkan mengambil 1 pelekat sahaja pada satu-satu masa. Ianya mestilah diperbaharui pada setiap bermulanya semester pengajian. (cth: sesi julai 2012/13 pelekat tamat pada julai 2013).

Bagaimana cara untuk memohon papan tanda dan pengiringan?

Pemohon dikehendaki mengisi dengan lengkap Borang Permohonan Papan Tanda di dalam portal MyNemo sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum tarikh aktiviti bermula. Sekiranya aktiviti melibatkan pelajar, surat kelulusan dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) sebagai pengesahan hendaklah dimuat naik bersama permohonan. Bagi permohonan pengiringan, sila nyatakan dengan jelas nama, pangkat, nombor pendaftaran dan jenis kenderaan VVIP yang hendak diiring.

Pada jam berapa pintu Pos Kawalan dibuka dan ditutup?

Pintu 1 (Pos Selatan) :


06.30 pagi – 12.00 malam

Pintu 2 (Pos Utara):


07.00 pagi      –   08.30 pagi

01.00 tgh        –   02.00 ptg
04.30 petang –   05.30 petang

Pintu 3 (Pos Tenggara):   


07.00 pagi      –   08.30 pagi
04.30 petang –   05.30 petang

*   Pintu 2 dan 3 hanya dikhaskan kepada kenderaan berpelekat yang sah sahaja.