Mar 08

Program Beach Clean Up (Jom Bersih Pantai)

Laporan aktiviti oleh Bahagian Hal Ehwal Islam dan Kerohanian (BHEIK) 

Program ini diadakan pada 7 Mac 2015, anjuran kelab Muslim Youth Leadership (MYV) UMT, dengan kerjasama Darul Fitrah dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Melibatkan kerja-kerja pembersihan kawasan pantai sekitar Kampung Mengabang Telipot. Program Beach Clean Up ini telah melibatkan seramai 50 orang peserta, yang terdiri dari golongan pelajar, komuniti sekitar dan badan NGO.