Feb 28

Kursus Pra Perkahwinan Islam

Laporan aktiviti oleh Bahagian Hal Ehwal Islam dan Kerohanian (BHEIK)

Pada 27 dan 28 Februari 2015, Kursus Pra Perkahwinan Islam anjuran BHEIK, UMT dan MAIDAM (Bahagian Undang-Undang Keluarga) telah diadakan. Kursus ini terbuka kepada pelajar, kakitangan dan masyarakat setempat UMT. Objektif program adalah bagi memudahkan warga UMT mengikuti Kursus Pra Perkahwinan sebagai persiapan untuk melangsungkan perkahwinan.