«

»

Aug 25

KUMPULAN KIK-CUBE MENYERTAI INTERNATIONAL EXPOSITION ON TEAM EXCELLENCE (IETEX) 2013

Kumpulan CUBE, Pejabat Pendaftar telah terpilih mewakili Malaysia di
International Exposition On Team Excellence (IETEX) 2013 yang telah
berlangsung pada 2-5 Julai 2013 bertempat di Resort World Sentosa,
Singapura.

Kumpulan CUBE telah berjaya mendapat pengiktirafan antara 3 pasukan
terbaik dalam sesi pembentangan yang turut disertai oleh 46 pasukan lain
yang terdiri daripada beberapa negara Asia seperti Thailand, Hongkong,
Japan, Indonesia, Filipina dan juga tuan rumah Singapura.

Di atas kecemerlangan ini, Kumpulan Cube lagi sekali terplilih mewakili
Malaysia dalam International Team Excellence Award (ITEA) 2014 anjuran
American Society for Quality (ASQ) di Dallas, Texas, USA pada bulan Mei
tahun 2014.

Pihak Universiti merakamkan ucapan sekalung tahniah dan penghargaan kepada
mereka kerana telah berjaya mengharumkan nama Universiti Malaysia
Terengganu dan Negara di peringkat tertinggi ini.